~ Tips Elakkan Monday Blues ~


Assalamualaikum semua...selamat pagi yang ceria. Lama aku tak buat senaman jari jemari di pagi hari menaip entry (wah cam pantun plak) hehe. Meroyan ape la cik awe ni pagi-pagi dah menaip entry kan. Aku sebenarnya tak nak peristiwa khamis lepas berulang kembali..gara-gara aku tido balik aku dah terlajak tido sampai lambat ke office. Semua pelik la kan sebab biasanya aku yang orang pertama terpacak awal depan pintu office..hehe. Tapi malam tu aku tido lambat layan sebab layan nustan pun puncanya juga..huhu

Ok hari isnin biasa orang akan ada mood "MONDAY BLUES"...lebih-lebih lagi hari ni kan sebab hari pertama permulaan sekolah lepas dah cuti seminggu. Jadi kesesakan jalan raya akan kembali dan karenah anak-anak yang xnak ke sekolah juga jadi macam biasa. Aku nak kongsi tips mudah elakkan mood "MONDAY BLUES" ni....

1. Bangun tido dan bace doa, pandang cermin dan berikan senyuman paling manis..walaupun muka korang bangun tido tak secantik Izara kan...tapi bangga la dengan diri sendiri..hehe

2.. Pakai pakaian yang cerah sebab warna memainkan peranan penting membentuk emosi. Bagi yang pakai uniform ke tempat kerja..pakai la pakaian lain mksud aku pakaian dalam dengan warna yang cerah dan terang.

3.. Tido dan bangun awal bagi mengelakkan kelewatan. Bila bangun awal dapat siap awal dengan sempurna, sempat sediakan sarapan utk diri dan anak-anak serta dapat elakkan daripada kesesakan lalu lintas.

3. Dengar ceramah motivasi, ceramah agama atau lagu-lagu ceria untuk bangkitkan mood pada hari ini.

4. Berikan senyuman dan sapaan kepada mak cik jual nasi lemak (kalu beli kat mak cik tu la), cikgu-cikgu sekolah, rakan-rakan kerja dan bos. Senyuman adalah terapi yang baik untuk jiwa juga..hehe

5. Mulakan kerja dengan Bismillah dan buatlah kerja dengan happy.

Tips ni boleh digunakan pada hari-hari lain juga...selamat mencuba dan selamat menjalankan tugas harini dengan sempurna..wassalam

~ When You Feel Lonely? ~


Assalamualaikum semua. Pernah rasa lonely tak? keseorangan dan Kesunyian.. Perasaan ni selalu je ada dalam diri seseorang cume yang bezanya sama ada kerap kesunyian atau tak. Kadang-kadang perasaan sunyi datang tiba-tiba dalam diri..dan biasa akan datang bila aku sorang-sorang dan bosan. Kadang-kadang berada di tengah-tengah orang ramai pun boleh rasa sunyi. Kurang kasih sayang pun akan rasa sunyi juga. Biasanya perasaan ni akan datang waktu malam senyap sunyi sepi

Kesan daripada kesunyian dan keseorangan ni juga akan menyebabkan jiwa kacau, fikiran terganggu, badan lemah, emosi tak stabil dan akan melakukan benda di luar fikiran waras macam bunuh diri, ganggu orang lain, dan paling teruk buat jenayah seksual. Tapi aku sunyi masih waras lagi cume akan terlalu emosi la..sedih tiba-tiba.


Orang gelak-gelak dan kuat ketawa kadang-kadang orang lain tak tahu jao di dalam hati mereka terselit kesunyian dan kesedihan yang tak dapat difahami orang lain. Bos kat office aku cakap..aku seorang periang..heheh..gelak sakan je la aku kan..tapi ada masa aku akan rasa sangat sunyi...takpe gelak dan periang supaya orang sekeliling gembira dan bersemangat :) Aku memang suka gelak, tersengih, tersenyum, ketawa....hehe..sebab tu kadang-kadang orang tahu apa ada dalam hati

Nak mengelakkan diri daripada sunyi..hiduplah dengan penuh keceriaan, kasih sayang, kesibukan sosial dan mengabdikan diri pada Allah..kerana bila kita mencintai diri dan Allah..maka kita akan menerima sebanyak mungkin cinta dari Yang Maha Esa.. wassalam

~ Nak Ngumpat Dalam Blog Boleh? ~


Assalamualaikum semua...sehat ke? apa plan hari minggu dan penghujung cuti sekolah ni? Aku macam biasa isnin-jumaat kerja 8.30 - 6 ptg (balik nak dekat pkul 7 mlm tu biasa), sabtu ahad bangun awal macam nak pergi kerja sebab ada driving..alhamdulillah tadi dah pra test MSDC..dan lulus. (tu pun sipi jerk..so jangan nak berlagak sangat!) hehe. Ok, back to the title...'mengumpat dalam blog?' Korang pernah ke? Almaklumlah la kan..gosip-gosip dan bercerita sesama sendiri ni memang jadi rutin semasa kan. Kadang-kadang nak ngumpat ni pun kena pandang-pandang dan dengar-dengar juga sebab takot ada orang ketiga yang dengar gossip kita akan menyampaikan kepada orang lain dengan versi yang lain...dah salah faham jadinya kan

Mengumpat dalam blog? Maksud aku meluahkan rasa tak puas hati pada seseorang dan dengan marah mula la bercerita benda-benda tak baik itu ini kat blog ni kan..aku rasa aku pernah la juga buat macam ni dalam blog.. Tapi nak mengelakkan jadi benda tu satu umpatan dan fitnah...lebih baik cakap secara general (umum). Tak da sebut nama si polan dan apa-apa yang boleh menyebabkan orang syak kita cakap pasal si polan tu.

Tapi dalam islam ada umpatan yang diharuskan....ada 6 syarat untuk mengumpat

1. Kes penganiayaan - untuk mengadu bagi mendapatkan pembelaan

2. Mohon bantuan mencegah kemungkaran - menjadikan pihak berkuasa sebagai pencegah kepada kemungkiran, cth : melaporkan kegiatan maksiat si polan kepada pihak berkuasa

3. Minta fatwa - meminta fatwa @ hukum daripada orang alim berkenaan perbuatan si polan

4. Mengajak orang lain untuk berhati-hati - menceritakan perihal sifat dan sikap si polan kepada orang lain supaya mereka berhati. Tapi kenalah benda yang betul kan. Contoh dalam bab perkahwinan, pemilihan rakan niaga dan berjiran

5. Jika melakukan maksiat dan bida'ah secara terang-terangan - menceritakan hal yang berkaitan maksiat dan bida'ah kepada orang lain utk mengelakkan daripada terjebak sama. cth minum arak secara terangan

6. Sebagai tanda pengenalan - ni lebih kepada gelaran seseorang. Tujuan bukan utk menghina si polan tadi sebagai trademark orang tu..cth Cik Awe Cantik!...Mak Jemah Kepoh..hehe

Sebenarnya takot nak cerita pasal si polan dalam blog ni sebab takot juga si polan tu skodeng blog ni bace..tak pasal-pasal akan timbuh masalah lain plak nanti..Jadi renung-renungkan dan selamat beramal..wassalam

Related Posts with Thumbnails