Assalamualaikum semua..Kat tadika aku dah lepas buat peperiksaan akhir tahun dan dah habis tanda paper pun...alhamdulillah keputusan anak murid cemerlang...walaupun ada sorang dua yang agak bermasalah sikit. Biasanya bila dah akhir tahun ni..akan ada lawatan atau outing. Macam tahun lepas tadika aku pergi zoo melaka dan Mini Asean..jadi tahun ni kami bawa mereka pergi ke Taman Buaya pula. Aku yang teruja lebih sebab lama tak ikut rombongan sekolah..heheh..jadi esok kena la bawa anak murid pergi jalan-jalan. Kalu ikutkan cerita cikgu-cikgu lama kat tadika...memang best la aktiviti outing ni sebab dapat makan free dan cikgu kena kawal anak murid la kan. Esok yang pergi adalah anak murid umur 4 - 6 tahun jerk..jadi yang baby ngan budak-budak lain kena duduk kat taska. Esok kena berkumpul kat tadika pkul 7.30 sebab nak agih-agihkan sarapan pagi..biasa air kotak ngan roti. Pukul 8 pagi baru gerak. Oleh kerana tempat yang nak melawat satu jerk jadi cepat la balik kot.
Yang bestnye tengahari akan dapat makan McD free!!!! Anak murid dapat McD Happy Meal..hehe..dan cikgu2 boleh la pilih nak meal yang mana..best kan. Tak sabar nak pergi esok..Taman Buaya aku dah lama tak masuk dan ramai kata dah banyak perubahan..hehe...so apa-apa hal aku akan update lagi nanti dengan gambar kami melawat sambil belajar ke Taman Buaya Melaka...jumpa di sana...wassalam




4 comments:
nampaknya cikgu lebih teruja dari anak murid nih..
hehheh
hehehe. cikgunya teruja lebih. haha. tapi mesti banyak ragam budak nanti kan? letih melayan. hehehe.
wah...nak ikut boleh? tak penah pi lagi kat taman buaya melaka...idea bagus ni mesti uwais suker
selamat bergembira... :)
Post a Comment